TINDAKAN pelakon Syida Melvin dipercayai berpindah ke kediaman baharu bersama tiga anaknya menarik perhatian ramai.Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Syida, 29, dilihat menguruskan proses perpindahan dengan membawa beberapa barangan kelengkapan rumah ke kediaman berkenaan. Malah, ketiga-tiga anaknya turut kelihatan ceria sepanjang proses perpindahan itu, termasuk ketika berkongsi bilik baharu yang sudah dilengkapi rumah patung.Syida berkongsi keterujaannya bersama anak-anak di kediaman baru.Menurut Syida, keputusan untuk berpindah ke kediaman baharu dibuat demi memberikan keselesaan kepada anak-anaknya."Demi keselesaan mata-mata saksi ibu, Alhamdulillah," tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci sama ada kediaman berkenaan disewa atau dibeli.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dinafikan hak tinggal rumah sendiri, peguam dedah cerita sebenar tuntutan... Bekas suami hanya benarkan anak-anak menetapARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kaki pukul, Syida Melvin dedah punca bertindak kasar terhadap bekas suamiPerkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar Syida terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.Selain itu, mereka turut menyokong keputusan Syida untuk memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa memanjangkan lagi konflik dengan bekas suami.Pada 10 November lalu, nama Syida menjadi perhatian selepas dia mengadakan siaran langsung di media sosial bagi mendesak bekas suaminya keluar dari sebuah rumah yang didakwa dibeli atas namanya.Anak-anak juga sibuk memindahkan kelengkapan rumah.Susulan itu, kedua-dua pihak saling membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga mereka sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.Untuk rekod, Syida dan Shafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.TONTON VIDEO PILIHAN!