PELAKON Siti Khadijah Halim tampil mempertahankan kemenangan pelakon kanak-kanak, Zarra Zhaf yang meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) selepas segelintir pihak mempertikaikan usia mudanya.Siti atau Siti Khadijah Halim, 29, berkata, orang ramai tidak seharusnya mempersoalkan rezeki seseorang yang sudah tertulis, selain menyifatkan kemenangan Zarra adalah selayaknya disebabkan bakat lakonannya. “Untuk Zarra, saya rasa mungkin tahun ini berbeza sedikit tentang had umur dan dia memang tidak dinafikan seorang pelakon yang sangat bagus. Jadi untuk Zarra berada dalam kategori itu dan menang, saya sendiri bangga. Siti kagum dengan bakat yang ditunjukkan Zarra.“Saya cuma hendak cakap satu sahaja, kita makan nasi pun makanan boleh terjatuh daripada mulut kita. Jadi rezeki itu akan datang pada tepat masanya. "Kalau itu rezeki Zarra yang sudah tertulis, itu rezeki dia dan kalau rezeki orang lain kali, lain kalilah. Jangan pertikaikan rezeki sebab yang datang baik dan buruk semuanya daripada Yang Esa,” katanya kepada mStar ketika ditemui di pelancaran UTV Nusantara di Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut Siti, sepanjang bekerjasama di set penggambaran, Zarra tidak berkelakuan seperti kanak-kanak seusianya, sebaliknya mampu melontarkan dialog dan berkomunikasi dengan sangat matang.ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35 ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khadam’ raih 12 pencalonan FFM35, pengarah Shamyl Othman harap penulis skrip dan komposer bawa pulang trofi"Saya bekerja dengan dia, dia tidak seperti kanak-kanak sebayanya."Sebaliknya seperti sebaya saya dari segi kematangan berlakon, cara melafazkan dialog dan cara berborak dengan orang dewasa," ujarnya. Dalam pada itu, mengulas mengenai pertikaian segelintir netizen berhubung kemenangan pelakon Indonesia, Aghniny Haque menerusi kategori Anugerah Khas Juri, Siti tidak menafikan perkara berkenaan agak sensitif untuk dibincangkan.Bagaimanapun, Siti berpendapat soal asal usul wajar diketepikan kerana mutu lakonan cemerlang yang dipamerkan Aghniny dalam Khadam sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut.Siti harap ramai terbuka hati dengan anugerah yang diterima Aghniny Haque.“Saya tahu perkara ini pun sensitif kerana kita mengiktiraf Aghniny di FFM. Tetapi saya rasa dia memang wajar mendapatkan anugerah itu kerana bakatnya.“Kita tolak tepi soal warganegara dia, tetapi bakat dia memang tidak dinafikan sangat bagus dalam Khadam,” ujarnya.Untuk rekod, filem seram Khadam arahan Shamyl Othman mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat kemenangan besar pada malam kemuncak FFM35 dengan membolot sembilan trofi keseluruhan termasuk anugerah utama, Filem Terbaik.Kemenangan bergaya itu sekali gus melayakkan naskhah berkenaan membawa pulang trofi berprestij berserta insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta daripada Kementerian Komunikasi bagi menyokong penerbitan karya seterusnya.TONTON VIDEO PILIHAN!